ALOR SETAR: Tiga lelaki termasuk seorang dalang disyaki terlibat dalam kegiatan kes samun bersenjata api ke atas kedai emas di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sejak 2009, berjaya ditahan pada Selasa dan Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.
"Pada 3 Dis lalu, polis dimaklumkan mengenai satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Langgar di sini (dilakukan) oleh seorang lelaki tempatan yang menggunakan senapang pam dan sebilah kapak dan telah berjaya melarikan dua dulang berisi 32 utas rantai emas yang dianggarkan berjumlah RM178,000.
"Ekoran itu, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah telah menahan suspek yang berusia 54 tahun di kawasan Alor Setar pada Selasa lalu yang mana merupakan dalang dan suspek utama dalam kesemua kes samun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek yang menjalankan perniagaan gazebo itu melakukan kegiatan samun secara bersendirian dan hanya pernah melakukan kegiatan itu secara berkumpulan sekali sahaja iaitu pada 2009.
Susulan penahanan suspek utama itu, beliau berkata dua lelaki berusia 52 dan 54 tahun, ditangkap di sekitar Pulau Pinang pada Selasa dan Khamis lepas yang berperanan sebagai pembeli emas hasil samun tersebut.
"Polis telah berjaya merampas satu laras senapang pam, tiga pucuk pistol, peluru, sebilah kapak, mesin pelebur emas, sebuah kereta jenis Proton Wira dan wang tunai berjumlah RM5,500. Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok," katanya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kes pecah rumah di sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Menurut Abu Samah dengan penahanan kedua-dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan 24 kes pecah rumah di dua daerah berkenaan.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 75 unit telefon bimbit, 92 utas jam tangan dan 50 bentuk cincin serta barangan lain dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor menunjukkan senjata api yang digunakan oleh tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan kes samun bersenjata api ke atas kedai emas di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sejak 2009. - BERNAMA
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.